Friday, June 5, 2009

Penyakit Arteri Koronari (CAD)

Penyakit Arteri Koronari atau Coronary Artery Disease (CAD) merupakan pembunuh nombor 1 di Amerika di mana lebih 13 million orang Amerika telah di kesan menghidapai penyakit itu. Penyakit arteri koronari juga dikenali sebagai penyakit jantung. Ia disebabkan oleh peningkatan mendakan lemak atau kolesterol secara perlahan-lahan pada arteri koronari. Longgokan lemak ini akan menyempitkan arteri koronari dan menyebabkan pengaliran darah ke jantung berkurangan. Akhirnya pengaliran darah yang semakin berkurangan akan menyebabkan kesakitan pada dada (angina), sukar bernafas dan juga simptom-simptom lain. Sekatan yang sempurna akan menyebabkan serangan jantung.


Arteri yang sihat kelihatan seperti tiub getah. Ia mudah dilentur, lembut dan darah dapat mengalir melaluinya dengan bebas. Ketika jantung sedang bekerja keras, seperti contoh ketika sedang melakukan senaman, arteri akan meregang untuk membenarkan darah mengalir ke dalam tisu badan. Manakala, arteri yang mengalami atherosclerosis adalah lebih kepada tiub yang bergumpal. Mendakan plak akan menyebabkan arteri menyempit dan mengeras. Ini akan menghadkan pengaliran darah ke tisu otot. Apabila jantung sedang bekerja keras, arteri yang keras tidak dapat melentur untuk membenarkan darah mengalir melaluinya dan tisu otot tidak mendapat oksigen dan darah secukupnya.


Mendakan lemak pada dinding salur darah seseorang bermula pada usia belasan tahun lagi . Semakin meningkat umur, mendakan juga akan turut bertambah dan ini akan menyebabkan kecederaan pada dinding salur darah. Sebagai tindak balas pemulihan, sel-sel tersebut akan membebaskan bahan kimia yang akan menyebabkan dinding salur darah melekit. Kesannya, bahan-bahan lain seperti protein, sel-sel mati dan kalsium yang melalui salur darah tersebut akan turut melekat pada dinding salur darah. Bahan-bahan ini dan lemak akan bergabung membentuk sejenis bahan yang dipanggil plak, Plak ini akan sentiasa bertambah dan menyempitkan arteri.


Angina merupakan sejenis kesakitan pada bahagian dada atau ketidakselesaan akibat daripada peredaran darah pada otot jantung yang juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit jantung. Apabila otot jantung (miokardium) tidak mendapat oksigen dan darah yang mencukupi, kesakitan pada dada akan berlaku. Angina dapat di gambarkan dengan tekanan yang kuat seperti dicengkam sesuatu yang sangat berat. Ramai penghidap penyakit ini menggambarkan angina seperti seseorang sedang berdiri diatas dada mereka.


Kerosakan atau kecederaan lapisan dalam arteri koronari kadang kala berlaku pada usia kanak-kanak lagi dan disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor tersebut ialah merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kehadiran penyakit lain seperti diabetis, radiasi terapi pada dada yang digunakan untuk tujuan rawatan kanser-kanser tertentu.


Biasanya kaum lelaki lebih berisiko mendapat penyakit jantung berbanding kaum wanita. Walau bagaimanapun, risiko wanita untuk mendapat penyakit ini akan meningkat selepas monopos. Sejarah keluarga dan peningkatan umur seseorang juga merupakan faktor risiko bagi penyakit ini. Kadang kala CAD terjadi tanpa mana-mana faktor risiko. Antara faktor risiko yang lain termasuklah C-reactive protein, Hemocysteine, Fibrinogen, Lipoprotein (a).


Diagnosis awal sindrom koronari akut adalah berdasarkan sejarah klinikal pesakit, faktor risiko dan penemuan melalui Elektrokardiogram (EKG). Pesakit Sindrom Koronari Akut (ACS) termasuklah mereka yang telah mempunyai latar belakang klinikal seperti ketidakstabilan angina, non-ST elevation myocardial infraction (NSTEMI) dan ST-elevation myocardial infraction (STEMI).

2 comments: