Saturday, June 6, 2009

Kitar Kardiak

Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai 'kitar kardiak'. Ia terbahagi kepada tiga bahagian: Sistol atrium, sistol ventrikel dan diastol kardiak sepenuhnya. Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan bagi kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruha otot-otot jantung. Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, manakala injap sabit berbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium. Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit. Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).

Rajah menunjukkan pandangan anterior keratan jantung. Anak panah putih menunjukkan arah darah mengalir

No comments:

Post a Comment