UMUR
Kadar penyakit arteri koronari (CAD) meningkat bersama umur. Aterosklerosis jarang berlaku pada kanak-kanak kecuali berkenaan dengan keluarga yang mengalami hiperlipidemia, tetapi ia biasanya dapat dikesan pada kaum lelaki yang berusia 20-30 tahun.
JANTINA
Kaum lelaki adalah lebih ramai menghidap penyakit arteri koronari berbanding dengan wanita pramonopos. Walaubagaimana pun, sebab-sebab bagi perbezaan jantina adalah kurang jelas. Akan tetapi, ia juga mungkin berkaitan dengan kehilangan kesan perlindungan astrogen.
SEJARAH KELUARGA
CAD biasanya dijumpai di dalam beberapa orang dalam sebuah keluarga yang sama. Mungkin disebabkan oleh penyakit ini sangat lazim dan juga disebabkan oleh faktor risiko yang telah pun diketahui, sejarah keluarga tidak dapat dijelaskan sebagai faktor risiko yang sebenar.
MEROKOK
Risiko perkembangan CAD bagi lelaki adalah lebih kepada asap rokok. Perhubungan diantara merokok adalah kurang dikalangan wanita dan juga penghisap cerut (tetapi ia masih lagi dianggap penting). Kesan daripada merokok juga dapat dilihat selepas atau hampir 10tahun.
DIET
Lemak tinggi dalam diet juga dikaitkan dengan penyakit iskemik jantung yang mana kurang pengambilan antioksidan.
HIPERTENSI
Kedua-dua hipertensi sistolik dan diastolik adalah dikaitkan dengan peningkatan dalam risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari (CAD). Risiko terhadap kaum lelaki dan kaum wanita adalah sama.
HIPERLIPIDEMIA
Serum kolesterol yang tinggi, terutamanya apabila dikaitkan dengan nilai-nilai HDL yang rendah, ini dapat dikaitkan dengan koronari ateroma. Ini merupakan tanda-tanda bagi peningkatan yang mana serum trigliseride yang tinggi juga mempunyai hubung kait dengan koronari ateroma. Hiperlipidemia juga dikaitkan dengan peningkatan risiko oleh koronari atherosklerosis.
DIABETIS MELITUS
Diabetis juga sering dikaitkan dengan penyakit salur darah selain daripada obesiti, tetapi ia tidak semestinya berlaku.
Wednesday, June 10, 2009
Monday, June 8, 2009
Peredaran Koronari
Darah teroksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui dua salur iaitu vena kava superior dan vena kava interior. Darah kemudiannya mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah teroksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen daripada peparu, ia mengalir dari arteri pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aortake seluruh tubuh kecuali peparu.
Saturday, June 6, 2009
Kitar Kardiak
Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai 'kitar kardiak'. Ia terbahagi kepada tiga bahagian: Sistol atrium, sistol ventrikel dan diastol kardiak sepenuhnya. Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan bagi kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruha otot-otot jantung. Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, manakala injap sabit berbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium. Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit. Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).

Rajah menunjukkan pandangan anterior keratan jantung. Anak panah putih menunjukkan arah darah mengalir
Friday, June 5, 2009
Penyakit Arteri Koronari (CAD)
Penyakit Arteri Koronari atau Coronary Artery Disease (CAD) merupakan pembunuh nombor 1 di Amerika di mana lebih 13 million orang Amerika telah di kesan menghidapai penyakit itu. Penyakit arteri koronari juga dikenali sebagai penyakit jantung. Ia disebabkan oleh peningkatan mendakan lemak atau kolesterol secara perlahan-lahan pada arteri koronari. Longgokan lemak ini akan menyempitkan arteri koronari dan menyebabkan pengaliran darah ke jantung berkurangan. Akhirnya pengaliran darah yang semakin berkurangan akan menyebabkan kesakitan pada dada (angina), sukar bernafas dan juga simptom-simptom lain. Sekatan yang sempurna akan menyebabkan serangan jantung.


Arteri yang sihat kelihatan seperti tiub getah. Ia mudah dilentur, lembut dan darah dapat mengalir melaluinya dengan bebas. Ketika jantung sedang bekerja keras, seperti contoh ketika sedang melakukan senaman, arteri akan meregang untuk membenarkan darah mengalir ke dalam tisu badan. Manakala, arteri yang mengalami atherosclerosis adalah lebih kepada tiub yang bergumpal. Mendakan plak akan menyebabkan arteri menyempit dan mengeras. Ini akan menghadkan pengaliran darah ke tisu otot. Apabila jantung sedang bekerja keras, arteri yang keras tidak dapat melentur untuk membenarkan darah mengalir melaluinya dan tisu otot tidak mendapat oksigen dan darah secukupnya.
Mendakan lemak pada dinding salur darah seseorang bermula pada usia belasan tahun lagi . Semakin meningkat umur, mendakan juga akan turut bertambah dan ini akan menyebabkan kecederaan pada dinding salur darah. Sebagai tindak balas pemulihan, sel-sel tersebut akan membebaskan bahan kimia yang akan menyebabkan dinding salur darah melekit. Kesannya, bahan-bahan lain seperti protein, sel-sel mati dan kalsium yang melalui salur darah tersebut akan turut melekat pada dinding salur darah. Bahan-bahan ini dan lemak akan bergabung membentuk sejenis bahan yang dipanggil plak, Plak ini akan sentiasa bertambah dan menyempitkan arteri.
Angina merupakan sejenis kesakitan pada bahagian dada atau ketidakselesaan akibat daripada peredaran darah pada otot jantung yang juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit jantung. Apabila otot jantung (miokardium) tidak mendapat oksigen dan darah yang mencukupi, kesakitan pada dada akan berlaku. Angina dapat di gambarkan dengan tekanan yang kuat seperti dicengkam sesuatu yang sangat berat. Ramai penghidap penyakit ini menggambarkan angina seperti seseorang sedang berdiri diatas dada mereka.
Kerosakan atau kecederaan lapisan dalam arteri koronari kadang kala berlaku pada usia kanak-kanak lagi dan disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor tersebut ialah merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kehadiran penyakit lain seperti diabetis, radiasi terapi pada dada yang digunakan untuk tujuan rawatan kanser-kanser tertentu.
Biasanya kaum lelaki lebih berisiko mendapat penyakit jantung berbanding kaum wanita. Walau bagaimanapun, risiko wanita untuk mendapat penyakit ini akan meningkat selepas monopos. Sejarah keluarga dan peningkatan umur seseorang juga merupakan faktor risiko bagi penyakit ini. Kadang kala CAD terjadi tanpa mana-mana faktor risiko. Antara faktor risiko yang lain termasuklah C-reactive protein, Hemocysteine, Fibrinogen, Lipoprotein (a).
Diagnosis awal sindrom koronari akut adalah berdasarkan sejarah klinikal pesakit, faktor risiko dan penemuan melalui Elektrokardiogram (EKG). Pesakit Sindrom Koronari Akut (ACS) termasuklah mereka yang telah mempunyai latar belakang klinikal seperti ketidakstabilan angina, non-ST elevation myocardial infraction (NSTEMI) dan ST-elevation myocardial infraction (STEMI).
Subscribe to:
Comments (Atom)